Pasukan rehabilitasi adalah pihak yang merancang rawatan untuk meningkatkan prestasi dan meminimumkan ketidakupayaan pesakit.
Berapa kerap harus saya berjumpa dengan pakar setelah saya mendapatkan alat prostesis saya?
Hanya apabila anda mempunyai masalah berkenaan dengan alat prostesis anda.
Bagaimana untuk cuci stokin prostetik saya?
Basuh dengan tangan stokin prostetik anda di dalam air suam dengan sabun dan keringkan menggunakan kain/biarkan kering.
Kulit saya kemerahan bila saya menanggalkan alat prostetik saya. Adakah ianya normal?
Maklumkan kepada pakar prostetik anda jika ada sebarang tanda kemerahan atau melecet dan luka. Alat prostetik anda mungkin perlu diubah suai.
Anda boleh mendapatkan preskripsi daripada doktor anda, atau menghubungi pakar prostetik anda untuk membuat pengubah-suaian yang diperlukan. Anda dinasihatkan untuk tidak mengubah-suai prostesis anda dengan sendiri.
Bolehkah saya mandi sambil memakai alat prostesis saya?
Anda dinasihatkan untuk menanggalkan prostesis semasa mandi bagi mengelakkan kerosakan pada komponen. Jika anda ingin menggunakan prosthesis untuk mandi, anda boleh memohon prostesis kalis air daripada pakar prostetik anda.
Boleh. Apabila stump anggota berubah saiz dan bentuk, prostesis perlu diubah-suai untuk memastikan prostesis anda boleh dipakai dengan selesa.
Bolehkan saya kembali bersukan apabila memakai alat prostesis saya?
Untuk meningkatkan jangka hayat kaki palsu anda, anda dinasihatkan untuk hanya bermain sukan dengan prostesis sukan. Jika salah satu tujuan utama anda mendapatkan kaki palsu ialah menggunakannya untuk bersukan, anda boleh memohon perskripsi prostesis sukan daripada doktor atau pakar prostetik anda.
Berapa lamakah jangka hayat alat prostesis?
Bergantung pada penggunaan, purata jangka hayat prostesis adalah 5 hingga 10 tahun. Untuk memastikan prostesis anda tahan lama, pastikan anda mendapatkan prostesis yang sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan.
Berapa lamakah tempoh masa selepas amputasi untuk saya boleh menggunakan kaki palsu?
Luka anda mesti sembuh dengan sepenuhnya sebelum anda boleh menggunakan kaki palsu. Kebiasaanya, seseorang akan mengambil masa tiga hingga empat bulan selepas amputasi.
Bilakah saya akan bersedia untuk menerima kaki palsu tetap saya?
Anda akan bersedia untuk menerima kaki palsu tetap anda apabila saiz stump anggota anda sudah tidak mengecut lagi.
Saya masih dapat merasakan jari kaki saya walaupun kaki saya telah dipotong. Adakah ini normal?
Ia adalah perkara normal untuk merasakan sebegitu selepas amputasi, dan ianya digelar sindrom ‘Phantom Limb’ Ramai orang mendapati bahawa mereka tidak lagi merasakan kesakitan apabila mereka telah menggunakan prostesis.
Apakah jenis kasut yang boleh saya pakai dengan kaki palsu saya?
Anda boleh memakai apa-apa jenis kasut, asalkan ketinggian tumit kasut adalah sama dengan yang diselaraskan untuk kaki palsu anda.
Bagaimanakah kaki palsu saya akan kekal terpasang?
Kaki palsu akan kekal di anggota anda dengan beberapa kaedah seperti tali strap, penggantungan-vakum, penggantungan strap elastik, atau penggantungan kendiri.
Adakah berjalan dengan menggunakan kaki palsu akan sakit?
Apabila anda mula-mula memakai kaki palsu anda, ia adalah normal jika anda mengalami sedikit kesakitan kerana badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika anda menjelaskan sebarang kesakitan atau ketidakselesaan kepada pakar prostetik sekiranya kaki palsu anda perlu diubah suai.
Berat kaki prostetik kebiasaannya adalah kurang daripada 1.5kg, bergantung pada jenis kaki dan komponen yang digunakan.
Bolehkah saya memakai kaki palsu saya tanpa kasut?
Anda dinasihatkan untuk memakainya dengan kasut kerana tapak kaki palsu mungkin licin dan mudah tergelincir.
Bolehkah saya menaiki tangga dengan menggunakan kaki palsu saya?
Ya, dengan latihan dan kebiasaan menggunakan kaki palsu.
Adakah lengan prostetik saya perlu mempunyai tangan atau cangkuk?
Pilihan sama ada peranti terminal tangan atau cangkuk mengambil kira perkara-perkara seperti aktiviti harian individu dan jenis pekerjaan.